Search Any Thing On Blog

Saturday, January 7, 2012

Education Talk

Education Talk


Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012

Posted: 07 Jan 2012 02:14 AM PST


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2012 yang berkelayakan untuk memohon program khas Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia bagi tahun 2012 ini. Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama yang akan ditentukan dan belajar di sekolah yang terpilih.
Syarat Permohonan Asrama 1 Malaysia

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
  • Keputusan UPSR – 5A/7A atau minima 4A 1B.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
  • Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.

Sekolah Program Asrama 1 Malaysia

  • SMK Victoria, Kuala Lumpur
  • SMK Methodist, Kuala Lumpur
  • SMK St. John, Kuala Lumpur

Cara Memohon

  • Isi borang permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012.
  • Borang boleh di muat turun dari laman web KPM, Borang Permohonan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012.
  • Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.
  • Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

o Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
o Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa
o Keputusan UPSR 2012
o Salinan sijil aktiviti kokurikulum

Tarikh Tutup

  • Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012 akan ditutup pada 27 Januari 2012.
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9433 atau faks 03 8884 9342.

Borang Permohonan Download.

No comments:

Post a Comment