Search Any Thing On Blog

Saturday, September 29, 2012

Education Talk

Education Talk


Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Posted: 28 Sep 2012 09:49 PM PDT


banner sptv2 Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

The Ministry of Education invites eligible PMR 2012 candidates to apply for an admission to Form 4 at Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional for academic year 2013.

The details of application for admission to Form 4 at Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional  is shared below.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

Syarat khusus

Syarat-syarat khusu untuk setiap program yang ditawarkan boleh dibaca di sini.

Kemudahan Asrama

Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

Syarat Memohon

  1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
  2. Kesihatan -> i. Sihat tubuh badan  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
  3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SENARAI KOLEJ / SEKOLAH

Maklumat lanjut klik sini

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

Form 4 MRSM 2013 Intake

Posted: 28 Sep 2012 06:43 PM PDT


MRSM Form 4 MRSM 2013 Intake

Form 4 MRSM 2013 Intake

If you are looking for MRSM to continue your form 4 studies, Majlis Amanah Rakyat (MARA) has opened intake for form 4 MRSM in Semenanjung for intake 2013. Please take note that the application must be made online by 19 October 2012. Details of Form 4 MRSM 2013 intake is shared for your info.

Syarat Memohon Secara Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Cara Memohon Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan katalaluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR2012 yang disah kan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan didalam borang permohonan secara online (LINK) dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Ujian Kecenderungan kemasukan ke MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
  • Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

NOTA:

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan. 5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat-syarat Kelayakan Masuk Ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

Closing Date

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012. 2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
  2. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Form 4 MRSM 2013 Intake advertisement can be found here.

No comments:

Post a Comment