Search Any Thing On Blog

Saturday, July 27, 2013

Education Talk

Education Talk


Tawaran Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2013

Posted: 26 Jul 2013 07:15 PM PDT

Tawaran Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2013

Tawaran Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2013

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 sudah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2013.

Permohonan adalah dibuka kepada Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013 dan merupakan warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR 2013 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Temuduga MTD.

Permohonan

  • Pemohon boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

30 September 2013

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja dan iklan kemasukan MTD

No comments:

Post a Comment