Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012 Posted: 07 Jan 2012 02:14 AM PST  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2012 yang berkelayakan untuk memohon program khas Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia bagi tahun 2012 ini. Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama yang akan ditentukan dan belajar di sekolah yang terpilih. Syarat Permohonan Asrama 1 Malaysia - Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada semua kaum.
- Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
- Keputusan UPSR – 5A/7A atau minima 4A 1B.
- Aktif dalam kokurikulum.
- Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
- Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.
Sekolah Program Asrama 1 Malaysia - SMK Victoria, Kuala Lumpur
- SMK Methodist, Kuala Lumpur
- SMK St. John, Kuala Lumpur
Cara Memohon - Isi borang permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012.
- Borang boleh di muat turun dari laman web KPM, Borang Permohonan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012.
- Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.
- Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
o Sijil lahir / kad pengenalan pemohon o Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa o Keputusan UPSR 2012 o Salinan sijil aktiviti kokurikulum Tarikh Tutup - Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012 akan ditutup pada 27 Januari 2012.
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
Pertanyaan Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9433 atau faks 03 8884 9342. Borang Permohonan Download.   |
No comments:
Post a Comment