Education Talk |
Biasiswa JPA Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2012 Posted: 15 Apr 2012 04:16 AM PDT
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 untuk mendapatkan tajaan JPA bagi mengikuti pengajian di bawah Program Khas JPA tahun 2012. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian di http://esilav2.jpa.gov.my Tarikh tutup permohonan tajaan Program Khas JPA 2012 adalah pada 22 April 2012 iaitu 7 hari selepas permohonan dibuka. Maklumat-maklumat berkaitan Biasiswa JPA Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2012 boleh diperolehi di http://esilav2.jpa.gov.my. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui keputusan panggilan temu duga pada 2 Mei 2012. Temuduga dan Student Assessment Centre (SAC) JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seleuruh negara mulai 8 – 13 Mei 2012. Sebarang pertanyaan berkaitan Biasiswa JPA Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2012 boleh dibuat dengan menghubungi 03-88853704 dari 8.00am – 5.00pm. Source : Malaysia Scholarship Centre Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from Education Talk To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment