Search Any Thing On Blog

Saturday, March 17, 2012

Education Talk

Education Talk


Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa

Posted: 16 Mar 2012 06:04 PM PDT


Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi MARA untuk sesi pengajian Julai 2012.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

Institusi-institusi pengajian tinggi di bawah MARA adalah seperti berikut :

  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi seperti di atas adalah berbeza bergantung kepada kursus dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh setiap institusi. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.

Permohonan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut : 

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
  • Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
  • Pemohon lepasan SPM dan STPM.
  • Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf

Tajaan Pengajian

Pelajar – pelajar yang dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA.  Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Julai 2012 ditutup pada 20 April 2012.

Permohonan Kemasukan Ke IKBN/IKTBN Sesi Julai 2012

Posted: 16 Mar 2012 05:43 PM PDT


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh negara untuk Sesi Julai 2012.

IKBN dan IKTBN menawarkan kursus untuk Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

 

Bidang Pengajian

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan ada seperti berikut. Walaubagaimanapun sila rujuk kepada IKBN kerana tidak semua kursus ditawarkan di semua IKBN.

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Lokasi IKBN

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang ditetapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.

Cara Memohon

Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesi Julai 2012 perlu dibuat secara online melalui UPU di Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN sesi Julai 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

Rujukan

Untuk tujuan rujukan sila rujuk kepada pautan berikut :

  • Laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Tel No KBS :  03-8871 3682/ 3513/ 3680/ 3685/ 3651.
  • Permohonan melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.

No comments:

Post a Comment