Search Any Thing On Blog

Monday, August 15, 2011

Education Talk

Education Talk


Kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2012

Posted: 15 Aug 2011 04:19 AM PDT


Tawaran kemasukan ini akan dibuka khas untuk para pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2011. Tawaran ini akan dibuka bermula Ogos sehingga 30 September 2011. Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan mengenai Permohonan ini sila hubungi 03-90867471 / 90867470.

Syarat-syarat Kemasukan ke MTD
Syarat Am
  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
  • Warganegara Malaysia
Syarat Fizikal
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
Syarat Akademik
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa InggerĂ­s, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2011 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.
Temuduga MTD
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
Ujian Khas MTD (UKMTD) Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:* Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
* Ujian Akademik= 50%

  • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
  • Ujian IQ – 40 markah

* Ujian Fizikal = 30%

  • Ujian Fizikal – 30 markah
  • Penilaian sukan – 10 markah
  • Penilainan kepimpinan – 10 markah

* Temuduga = 20%

  • Personaliti – 10 markah
  • Komunikasi – 10 markah
  • Pengetahuan – 10 markah
Permohonan
  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:* Sel Pemilihan,

Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.
Tarikh Tutup 30 September 2011

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

No comments:

Post a Comment